Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
JURULATIH skuad Harimau Malaya,
Dollah Salleh (gambar) akan pastikan skuad kendaliannya betul-betul berada dalam
keadaan bersedia bagi menghadapi cabaran pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014
yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Vietnam pada November depan.
Semalam, Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 29 pelatih yang bakal menjalani
latihan pusat bermula 4 September sehingga 12 Oktober depan.
Selain itu, FAM juga telah
mengumumkan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa buat skuad Harimau Malaya
iaitu menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 14 September depan.
Baki dua perlawanan melibatkan
aksi menentang Kemboja pada 20 September dan Jordan di Stadium Shah Alam pada
11 Oktober depan.
Mengulas mengenai senarai
tersebut, Dollah mengakui berdepan tugasan sukar dalam misi membentuk satu
skuad yang mantap untuk mengharungi Piala AFF Suzuki 2014 nanti.
“Kami memanggil 29 pemain dalam
usaha memilih pemain-pemain yang terbaik.
“Saya tidak boleh buat keputusan
drastik untuk mendaftar 22 pemain yang akan beraksi di Piala AFF Suzuki nanti
dan sebab itulah saya memanggil ramai pemain untuk menyertai latihan pusat kali
ini.
“Saya mahu tengok persembahan
mereka. Saya akan pemain yang betul-betul bersedia untuk menggalas tugas
bersama skuad negara nanti.
“Pemain yang dipilih menyertai
latihan pusat ini adalah kelompok pemain terbaik buat masa kini. Kita mahu
menentukan pemain-pemain ini betul-betul bersedia,” katanya ketika dihubungi
Kosmo!, semalam.
Dalam perkembangan lain, Dollah
menganggap skuad negara mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lawan dalam aksi
Piala AFF Suzuki nanti.
“Sejujurnya, bagi saya keupayaan
Thailand, Singapura mahupun Indonesia hampir sama dengan pasukan kebangsaan.
“Pada pendapat saya, persiapan
pasukan memainkan peranan penting. Jadi, saya mahu fokus kepada persiapan skuad
negara sebelum memikirkan Piala AFF Suzuki 2014,” katanya
Kosmo online-30.8.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan