MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh
memuji displin dan semangat berpasukan dipersembahkan pemainnya untuk melangkah
ke separuh akhir Piala FA.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, biarpun ketinggalan 1-2 pada suku akhir pertama, kemenangan 4-0 dan
mara menerusi agregat 5-2 ke atas Terengganu FC (TFC) sememangnya dinantikan
beliau.
"Malam ini (semalam),
pasukan kembali menemui sentuhan seperti dipersembahkan pada awal musim tetapi
di penghujung pusingan pertama Liga Super, kami tidak begitu menjadi.
"Namun, kami bangkit
daripada dua kekalahan untuk meletakkan pasukan pada kedudukan lebih baik,
sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA.
"Sebenarnya, saya percaya
kemenangan boleh memihak Pahang cuma keputusan dan jaringan saya bimbangkan
tetapi pemain mempamerkan persembahan menyakinkan," katanya.
Dollah berkata, kehadiran Dickson
Nwakaeme dan Safuwan Baharudin banyak membantu memperkasakan pasukan dalam
memburu kemenangan.
Katanya, dua pemain import itu
menjadi tonik terbaik buat skuad Tok Gajah sekali gus menafikan skuad Penyu
biarpun lawan pada satu ketika memiliki kelebihan.
Pada aksi suku akhir kedua itu,
empat gol Pahang, masing-masing dua disumbangkan Nwakaeme pada minit ke-46 dan
63 manakala Mohd Faisal Halim dan Mohamadou Sumareh minit ketujuh dan 74.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 11 Mei 2019 @ 5:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan