MyMetroArena
Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my
KESILAPAN dilakukan barisan
pertahanan membuatkan skuad Pahang merana walaupun bangkit pada separuh masa
kedua dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di tempat lawan.
Pengendali skuad Tok Gajah,
Dollah Salleh berkata peluang skuadnya memadam defisit satu gol pada suku akhir
kedua di Kuantan masih terbuka.
Bekas pemain kebangsaan itu tanpa
berselindung mengakui ketiadaan ayam tambatannya, Dickson Nwakaeme dan pemain
kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin menyebabkan skuadnya longgar terutama di
jentera serangan.
"Secara keseluruhan, saya
berpuas hati dengan corak permainan dipamerkan anak buah. Cuma kita melakukan
kesilapan mudah membolehkan TFC (Terengganu FC) menghasilkan dua jaringan.
"Ketiadaan Nwakaeme
menjejaskan peluang mendapat jaringan. Banyak cipta peluang tetapi tiada
penyerang tulen menyudahkannya.
"Kami bangkit separuh masa
kedua tetapi keputusan kekal," katanya.
Dalam aksi di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, jaringan bekas pemain
Pahang, Malik Mat Ariff dan gol kedua menerusi pemain kelahiran Ivory Coast, Kipre
membantu TFC menang 2-1.
Jaringan Tok Gajah diperoleh
menerusi pemain Brazil, Jose Eduardo.
Dollah percaya anak buahnya mampu
memberikan aksi lebih baik pada aksi kedua nanti berbanding pertemuan pertama
terutama mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.
"Dengan agregat 1-2, sudah
pasti pemain akan mempamerkan aksi lebih 100 peratus untuk ke separuh akhir dan
seterusnya final,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada :
Khamis, 2 Mei 2019 @ 4:42 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan