Sukan
Rabu, 19
November 2014 | 8:52am
KETUA
jurulatih, Dollah Salleh (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan pasukan
bola sepak kebangsaan di padang MSN Bukit Jalil semalam. - Foto Osman Adnan
Piala AFF
Suzuki: Dollah umum senarai akhir 22 pemain
KUALA LUMPUR:
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mengumumkan senarai akhir
22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala
AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini.
Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman web mereka iaitu www.fam.org.my, menyatakan
Dollah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal
Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan
benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.
Enam pemain
akan bersaing bagi merebut tempat di posisi pertahanan iaitu Mohd Afif
Amiruddin dan Mohamad Muslim Ahmad daripada kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim), Mohd Azmi
Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Kapten
Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dipilih sebagai pemain tengah terbaik
pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, baru-baru ini bakal bersaing bersama tujuh
pemain lain di posisi berkenaan.
Mereka ialah
Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda
United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda 'A'), S.Kunanlan (Selangor),
Baddrol Bakhtiar (Kedah) selain dua pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil dan
Mohd Hafiz Kamal.
Dalam pada
itu, Dollah turut menyenaraikan bekas penjaring gol terbanyak Piala AFF Suzuki
2010, Mohd Safee Sali walaupun pemain veteran negara itu banyak memanaskan
bangku simpanan pasukan JDT, musim ini.
Mohd Safee
bakal bersaing bersama dua rakan sepasukannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan
Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat bagi posisi
penyerang.
Dollah sebelum
ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana gagal pulih
daripada kecederaan yang dialami mereka iaitu pemain sayap Pahang, R.
Gopinathan dan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Aidil ZafuanAbd
Radzak.
Pemain lincah
Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan 'Messi Kedah' turut digugurkan
daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut
bersama barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.
Malaysia yang
diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada
23 November ini disusuli pertemuan menentang Thailand pada 26 November dan
kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan
aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore
Sports Hub pada 29 November.
Penjaga Gol:
Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul
Azhan Mohd Khalid (Pahang) Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim
Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi
Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Pemain Tengah:
Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda
United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda
'A'), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan
Mohd Hafiz Kamal (Pahang) Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd
Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu). – BERNAMA
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Rabu, 19 November 2014 | 8:52am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan