Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh
berterima kasih kepada anak buahnya kerana menamatkan badi seri tiga perlawanan
berturut-turut selepas menewaskan PKNS FC 1-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Beliau berkata, kemenangan itu
cukup bermakna berikutan kegagalan mencatat kemenangan ketika bertemu PKNP FC,
Perak dan Melaka United selepas muncul juara Piala FA.
“Sebenarnya, saya simpati dengan
pemain kerana mereka tidak dapat mempamer persembahan terbaik atas faktor keletihan
hingga menjejaskan prestasi pasukan.
“Saya juga tidak boleh memaksa
mereka untuk mengekalkan prestasi dan hanya mengharapkan keputusan terbaik
dapat diraih dengan barisan pemain sedia ada.
“Saya beryukur kerana kami
menamatkan perlawanan keempat dengan kemenangan bukan saja atas faktor
keletihan, malah kecederaan yang dialami beberapa pemain utama,” katanya.
Dollah mengakui mereka bermain
secara bertahan terutama pada babak kedua untuk memastikan tiga mata.
“Namun, saya beryukur kerana
dengan satu-satunya peluang yang dimiliki pada babak pertama, kami berjaya
menjaringkan gol menerusi Issey Nakajima-Farran.”
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 22 Julai 2018 @ 1:24 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan