Sabtu, 21 Oktober 2017

Dollah puas hati berkongsi mata



Oleh WAN FAKHRUL BAKAR  
malam kelmarin.JIKA tidak kerana jaringan penyamaan Fabio Flor pada minit ke-90, Selangor sudah pasti berjaya mencalarkan rekod cemerlang Terengganu di gelanggang keramat mereka di Kuala Terengganu

Biarpun hanya membawa pulang satu mata, ketua jurulatih Selangor, Dollah Salleh (gambar) tetap gembira dan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya pada perlawanan kesembilan saingan bola sepak Liga Super musim ini.

“Keputusan perlawanan saja sebenarnya yang tidak memihak kepada kita untuk mencuri tiga mata penuh. Kita sedia maklum, Terengganu memang kebal di gelanggang sendiri.

“Tetapi, saya tetap rasa gembira kerana semua pemain Selangor telah mempamerkan aksi yang menarik malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada perlawanan itu, Selangor mendahului 1-0 seawal minit keenam menerusi tandukan Frank Seator tetapi pada penghujung perlawanan, Flor menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan penjuru.

“Sepatutnya Terengganu tak dapat sepakan penjuru itu. Apa yang saya nampak, bola terakhir sebelum itu terkena pemain Terengganu sendiri, bukannya pemain Selangor.

“Tetapi inilah bola sepak. Walaupun sekadar seri, saya puas kerana melihat pemain-pemain saya semakin mantap dan telah menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan,” jelas Dollah.

Pengendali berusia 45 tahun itu turut tertarik dengan aksi beberapa pemainnya seperti pemain muda, Asraruddin Putra Omar dan bekas pemain Pahang, Indra Putra Mahayuddin.

“Walaupun kali pertama diturunkan dalam kesebelasan utama, Asraruddin berjaya membalas kepercayaan. Saya tak menduga dia boleh beraksi cemerlang.

“Begitu juga Indra yang turut mempamerkan kecemerlangan pada perlawanan itu.”

SUMBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4w8zFYN22
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan