Ahad, 7 Mei 2017

Dollah mahu rombak Pahang



Ahad, 7 Mei 2017 @ 2:00 PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my
 
Dollah Salleh mengendalikan latihan pemainnya di Padang Taman Gelora. - Foto Zulkepli Osman

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh menegaskan akan melakukan tindakan drastik dengan merombak barisan pemainnya susulan prestasi hambar skuad Tok Gajah pada dua aksi di laman sendiri sebelum ini.

Menurutnya, dia amat kecewa kerana skuad kendaliannya hanya mengutip dua daripada sembilan mata ketika beraksi di laman sendiri. Dollah berkata, kekalahan 3-2 kepada Kelantan di Stadium Darul Makmur malam tadi adalah kemuncak kepada tahap kesabarannya yang turut menyaksikan rekod bersih Tok Gajah di laman sendiri lebur.

"Sebelum ini kami seri 2-2 dengan Selangor dan seri 1-1 menentang FELDA United. Apabila gagal mengutip tiga mata di laman sendiri, ia memberi gambaran betapa pemain sudah hilang fokus dan saya perlu mengambil tindakan drastik bagi mengatasinya.

 "Kekalahan ini mengakibatkan jurang mata Pahang dengan Johor Darul Ta'zim makin luas," katanya. Dollah mengakui pemain cuba bangkit tetapi kekebalan pertahanan The Red Warriors (TRW) menyebabkan gol penyamaan gagal dicari walaupun secara keseluruhannya anak buahnya beraksi dengan baik. Pada perlawanan itu, jaringan Alessandro Celin dan dua gol Mohammed Ghaddar memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata berharga.

SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/279972

Tiada ulasan:

Catat Ulasan