ARKIB : 26/02/2007
Oleh: AMRAN MULUP
PEMAIN Selangor, Mohd. Razman
Roslan berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan Perlis, Mohd Redzuan Othman
(kanan) yang hampir terjatuh sewaktu aksi bola sepak Kumpulan A, Piala Malaysia
di Stadium Shah Alam, kelmarin. Selangor menang 1-0.
KUALA LUMPUR Kemenangan 1-0
ke atas pendahulu Liga Super dan penyandang juara Piala Malaysia, Perlis di
Stadium Shah Alam kelmarin, memastikan Selangor mengukuhkan kedudukan tangga
teratas Kumpulan A Piala Malaysia tetapi ia belum melegakan jurulatih Dollah
Salleh.
Sebaliknya, jurulatih itu tidak
mahu pemain berasa cukup selesa kerana laluan buat Selangor dalam kempen Liga
Super, Piala FA dan Piala Malaysia masih mengharungi perjalanan yang jauh dan
kedudukan tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia belum dianggap selamat.
Biar apa pun Dollah melahirkan
rasa lega dengan persembahan paling mantap dipamerkan oleh kesebelasan utama
Selangor berjaya mengekang pasukan lebih berpengalaman Perlis untuk menang 1-0
hasil jaringan Mohd. Amri Yahyah.
Ini adalah persembahan paling
mantap ditunjukkan oleh pemain berbanding perlawanan sebelum ini.
Malah saya sendiri
terperanjat melihat kesungguhan pemain berjaya mengimbangi Perlis sepanjang
tempoh 90 minit babak berlangsung.
Memang saya sendiri tidak
menyangka, barisan muda Selangor dapat menewaskan Perlis 1-0 dan kemenangan ini
membuktikan kita sebenarnya boleh melangkah lebih jauh, ujar Dollah ketika
dihubungi semalam.
Gol kemenangan Selangor
dijaringkan oleh Mohd Amri pada minit ke-55.
Gol itu berpunca daripada
hantaran Fadhil Hashim yang di rembat oleh Fadzli Saari terlebih dahulu
menyingahi palang gol dan bola lantuhan itu disudahi oleh tolakan mudah Mohd.
Amri untuk gol kemenangan Selangor malam tersebut.
Menurut Dollah, kemenangan itu
dihadiahkan kepada pengurus, Datuk Satim Diman yang menyambut hari jadi ke-53
kelmarin.
Saya amat berterima kasih
kepada pemain saya kerana mereka membuktikan Selangor tetap hebat dan mampu
menewaskan pasukan yang memiliki pemain tempatan dan import berpengalaman
seperti Perlis, ujarnya.
Ekoran daripada kemenangan itu
katanya, pemain tidak boleh menganggap ia adalah kedudukan yang cukup selesa.
Perjalanan Selangor masih
penuh berliku, reputasi kita sebenarnya tidak menentu. Ada ketika kita bermain
baik dan ada ketika bermain sederhana.
Bagi saya kemenangan ke atas
Perlis dapat meningkat semangat juang pemain untuk mengekalkan prestasi ini
untuk Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super, ujarnya lagi.
Selangor kini berada di tangga
teratas Kumpulan A Piala Malaysia meraih sembilan maksimum daripada tiga
perlawanan dengan kelebihan lima mata dipisahkan dengan Johor FC, Perlis dan
Johor Pasir Gudang.
Manakala enam mata dengan
Telekom Melaka dan kelebihan lapan mata mengatasi pasukan tercorot Kuala
Lumpur.
Dollah tidak menolak jika
pemain muda Selangor dapat mengekalkan rentak permainan dan semangat juang
tinggi ketika menewaskan Perlis, skuad Merah Kuning mampu melangkah lebih jauh.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tKgHeFFX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan