ARKIB : 25/04/2007
KUALA LUMPUR Selangor hanya
memerlukan satu lagi kemenangan daripada tiga baki perlawanan bagi menjamin
kemaraan ke suku akhir bola sepak Piala Malaysia sekali pun masih tidak percaya
mengalami kekalahan mengejut 1-3 kepada Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Tiga baki pertemuan menunggu
Selangor ialah berdepan penyandang juara Perlis di Stadium Utama Sabtu ini,
disusuli pertemuan dengan Johor FC di Stadium Shah Alam (5 Mei ini) dan
perlawanan terakhir menentang Telekom Melaka (26 Mei ini).
Buat Selangor, mereka tidak
mahu menunggu hingga ke perlawanan terakhir sebaliknya cuba untuk meraih
kemenangan apabila berdepan tugas paling getir bertemu Perlis di tempat lawan.
Kemenangan ke atas Perlis bakal
menjamin tempat Selangor ke suku akhir Piala Malaysia.
Jurulatih Selangor, Dollah
Salleh menyedari betapa berdepan Perlis di tempat lawan adalah tugas paling
berat menunggu kesebelasan terbaiknya.
Setakat ini, keputusan kita
bermain di Perlis jarang memihak kepada kami dan kalau boleh saya mahu menang
Sabtu ini kerana kemenangan ini sudah memastikan kemaraan ke suku akhir,
ujarnya ketika dihubungi, semalam.
Selangor yang tewas kepada
Kuala Lumpur Sabtu lepas, masih kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 13
mata, dua mata mengatasi Perlis yang berada di tempat kedua, diikuti oleh Johor
Pasir Gudang di tangga ketiga dengan 10 mata.
Telekom Melaka pula di tempat
keempat (9), diikuti Kuala Lumpur (8) dan Johor FC (8).
Buat Dollah, tanpa pemain
pertahanan D. Surendren yang dilayangkan kad merah sewaktu bertemu Kuala
Lumpur, kemantapan Selangor jelas tidak pincang.
Sebaliknya, jurulatih itu akan
mengadunkan kesebelasan terbaik diterajui oleh Mohd. Safee Sali dan Akmal Rizal
Rakhli untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Selangor.
Saya ada perancangan berdepan
Perlis jika tidak menang pun keputusan seri sudah cukup memadai buat Selangor,
ujarnya.
Dollah akur akan kehebatan
Perlis sejak kebelakangan ini mula bangkit apa lagi sentuhan Zachariah
Simukonda dan Philimon Chepita sudah kembali membuktikan ketajaman.
Menang ke atas Perlis di
Stadium Shah Alam pada 24 Februari lalu dengan 1-0 dalam saingan Piala
Malaysia, namun jurulatih Selangor tetap menganggap skuad Singa Utara ampuh
apabila bermain di gelanggang sendiri.
Saya mengharapkan Akmal Rizal
dan Mohd. Safee akan dapat menjanjikan kemenangan ke atas Selangor, ujar
Dollah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4tY6ktiVM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan