Khamis, 21 September 2017

Peringatan Dollah kepada skuad Tok Gajah

Sabtu, 29 April 2017 | 11:35am
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
Kongsi artikel
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mahu pemainnya bangkit daripada prestasi tidak bermaya apabila melayan kunjungan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur malam esok.
DOLLAH Salleh. - Foto Mohd Rafi Mamat

Pada masa sama, bekas pemain kebangsaan itu berkata, faktor keletihan perlu diketepikan kerana matlamat utama skuad itu adalah untuk untuk memastikan misi ke final menjadi kenyataan.

Katanya, apabila berada di separuh akhir piala berprestij itu, semua pemain perlu memberi tumpuan terutama memberikan segala-galanya sekali gus mengelak dikecewakan.

"Kita tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini terutama kelebihan beraksi di tempat sendiri pada aksi pertama ini dan pada masa sama mencatat keputusan selesa sebagai bekalan ke tempat lawan nanti.

"Apapun, kebangkitan perlu dilakukan pemain selepas aksi tidak bermaya ketika mencatat keputusan seri 1-1 dengan FELDA United FC pada aksi Liga Super Rabu lalu.

"Saya percaya mereka (pemain) cukup bersemangat dan mahu mencatat kemenangan selesa kerana ia adalah peluang terbaik apabila berada pada

tahap ini (separuh akhir)," katanya.

Kali terakhir skuad Tok Gajah menjulang Piala FA adalah pada 2014, ketika di bawah bimbingan Zainal Abidin Hassan.

Namun, prestasi mantap dipersembahkan Negeri Sembilan yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana dan menduduki takhta liga sudah pasti bakal memberi tentangan sengit buat Pahang.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Peringatan Dollah kepada skuad Tok Gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan