AHAD, 26 FEBRUARI 2017 @ 12:40
PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my
DOLLAH Salleh waktu sesi
latihan persiapan menetang Perlawanan Persahabatan Antarabangsa dengan Kemboja
pada Sabtu ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah
Sallleh berpuas hati dengan kejayaan meraih tiga mata penuh hasil kemenangan
3-1 ke atas Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata,
kemenangan itu sememangnya aksi terbaik yang dipersembahkan anak buahnya dalam
usaha mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super.
Namun, katanya kelekaan dan hilang fokus
pada minit-minit akhir perlawanan menyaksikan tuan rumah berjaya menjaringkan
gol bagi pasukan mereka. "Bagaimanapun, secara keseluruhannya saya berpuas
hati dengan keputusan ini (malam tadi) dan ia memang terbaik yang kita pamerkan
untuk meneruskan rentak cemerlang.
"Tapi pada minit-minit terakhir
pemain gagal untuk mengekang asakan tuan rumah dan faktor kecederaan dan
pertukaran pemain menyebabkan lawan memperoleh satu gol. "Pertukaran tiga
pemain termasuk penjaga gol menyebabkan rentak permainan berubah dan Melaka
United mengambil kesempatan pada minit akhir perlawanan," katanya.
Pada perlawanan itu, tiga gol
masing-masing satu dijaringkan Joseph Kalang Tie, Mohamadou Sumareh dan Matheus
Alves, manakala gol tunggal MU pula dijaringkan oleh Ahmad Khuzaimi Piee.
Dollah juga terpaksa menggantikan penjaga gol
utama, Wan Azraie Wan Teh dengan Helmi Eliza Elias akibat kecederaan termasuk
Alves dan Nor Azam Azih. Kemenangan itu bagaimanapun belum mampu merampas
kedudukan Kedah yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang dengan
mengutip 14 mata berbanding Pahang (13 mata)
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/253214