KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017 @ 6:13
PM
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my Dollah Salleh. - Foto Rasul Azli Samad

KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh, mahu persembahkan meyakinkan ditampilkan skuadnya terutama
bahagian tengah apabila bertemu Melaka United (MU) ke Stadium Hang Jebat, Sabtu
ini.
Dengan prestasi mantap yang dipersembahkan
ketika membenam Pulau Pinang 6-1 pada 18 Februari lalu, bekas jurulatih
kebangsaan itu mahu sentuhan jaringan diulangi untuk meraih mata di tempat
lawan. Dollah berkata, sentuhan jaringan tidak hanya bergantung kepada jentera
serangan semata-mata, sebaliknya bantuan daripada bahagian tengah juga
diperlukan untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.
Katanya, bahagian tengah perlu
mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bersama membantu jentera serangan
menjaringkan gol yang diyakini mampu memberikan kemenangan buat pasukan.
"Saya harap mereka (pemain
tengah) dapat bermain dengan baik seperti yang dipersembahkan ketika menewaskan
Pulau Pinang biarpun beraksi di tempat lawan," katanya.
Pada pertemuan dengan Pulau Pinang, lima
daripada enam gol yang dihasilkan adalah sumbangan daripada pemain tengah iaitu
dua gol dijaringkan oleh Ashari Samsudin dan masing-masing satu daripada
Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Joseph Kalang Tie.
Justeru, Dollah mahu pemainnya mengekalkan
rentak cemerlang untuk mengecewakan tuan rumah yang pasti mahu mengutip tiga
mata di laman sendiri. Katanya, kemenangan besar perlu dijadikan penyuntik
semangat dan misi mengutip mata diharap menjadi kenyataan ketika tuan rumah
dilihat turut berada pada prestais terbaik. "Saya percaya pemain mampu
melakukannya dengan persefahaman mantap yang dipamerkan nanti," katanya.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/252089
Tiada ulasan:
Catat Ulasan