Dollah tak jangka 6 gol
PEMAIN Pahang Wan Zaharul Nizam
Wan Zakaria (kiri) diasak pemain Pulau Pinang.
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Dollah Salleh memuji
persembahan bertenaga pemainnya selepas kemenangan besar 6-1 ke atas Pulau
Pinang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Jurulatih Pahang itu berkata,
pemainnya berjaya menyempurnakan misi utama skuad Tok Gajah iaitu mencatat
kemenangan sekali gus mengutip tiga mata di laman sendiri.
Katanya, segalanya dilihat baik
dengan momentum kemenangan yang diraih terutama memanfaatkan kelebihan beraksi
di hadapan penyokong setia Tok Gajah.
“Apa yang penting tiga mata
diraih malam ini kerana saya memang tidak jangkakan enam gol selepas mendahului
2-1 pada separuh masa pertama.
“Cuma pada babak kedua saya
katakan kepada pemain jika mereka dapat lebih (jaringkan gol), mereka perlu
lakukannya dan ia menjadi untuk memastikan kemenangan kepada pasukan.
“Apabila jaringan ketiga
diperoleh saya percaya tambahan gol dan hasilnya kami memenangi perlawanan ini
untuk terus berada pada prestasi terbaik,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 9:48 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan