ARKIB : 11/10/1998
NEGERI Sembilan mengukir
kemenangan pertama dengan ledakan jaringan penyerang veteran, Dollah Salleh
membantu menewaskan Kuala Lumpur 1-0 dalam perlawanan Piala Malaysia kumpulan A
di Stadium KLFA malam tadi.
Selepas mengharungi aksi
membosankan, Dollah yang masuk menggantikan Affendi Julaihi tidak mensia-siakan
peluang keemasan pada minit ke-68 untuk menolak masuk gol kemenangan Negeri
Sembilan.
Ini adalah kemenangan pertama
anak buah Karathu selepas tewas 1-4 kepada Pulau Pinang dan seri 0-0 dengan
Kedah di Paroi, Selasa lepas.
Bagi Kuala Lumpur kemenangan
mengejutkan 1-0 ke atas juara Perdana Satu, Pulau Pinang Selasa lepas tidak
mampu memecah benteng pertahanan lawan biarpun memiliki beberapa peluang di
depan gol.
Dalam tempoh 10 minit babak
berlangsung tiada sebarang gerakan menarik daripada kedua-dua pasukan yang
bermain terlalu berhati-hati.
Hanya Kuala Lumpur banyak
mengatur gerakan cantik namun tindakan penyudah S. Paidiya Rau dan Mior Nor
Shamsul kurang berkesan memecah kebuntuan jaringan gol.
Pelawat hanya mencemaskan
pertahanan Kuala Lumpur menerusi rembatan liar Halim Jantan dari luar kotak
penalti pada minit ke-28.
Pada minit ke-68, Negeri
Sembilan menemui sentuhan jaringan apabila pemain veteran Dollah Salleh tidak
mensia- siakan bola lantunan Zami Mohd Noor untuk melakukan sepakan gunting
menerjah jaring.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4P64CZuPi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan