ARKIB : 05/11/1998
KECEDERAAN Dollah Salleh
diharap akan pulih secepat mungkin bagi membolehkan beliau berganding bahu
dengan Zami Mohd. Noor untuk beraksi menentang Kuala Lumpur pada pertandingan
bola sepak Piala Malaysia, Sabtu ini, lapor MEOR HARMAN MEOR SHAKRI.
Pengurus Pasukan Negeri
Sembilan, Jamaluddin Ahmad berkata, penyerang berpengalaman itu mengalami
kecederaan kaki kanan pada minit ke-42 sejurus menjaringkan gol kedua Rusa
ketika skuad itu menentang pasukan Kedah di Alor Setar, semalam.
Katanya, kehadiran Dollah dalam
kesebelasan utama skuad Rusa amat dinantikan oleh peminat bola sepak negeri
termasuk pemain yang lain berikutan kombinasi kedua-dua pemain itu yang kini
ternyata serasi dan menggerunkan pihak lawan.
Menurutnya, peningkatan
persembahan yang dipamerkan oleh skuad Rusa tambah menyakinkan potensi Negeri
Sembilan untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
''Kita berharap Dollah bersedia
untuk beraksi pada Sabtu ini dan perlawanan pasti rancak,'' katanya di
Seremban, semalam.
Pada perlawanan semalam, Negeri
Sembilan menewaskan Kedah 3-2.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4PDR8NYFX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan