Jumaat, 10 Mei 2019

Matthew Davies terkejut Dollah Salleh pernah menang pingat emas Sukan SEA


August 14, 2017 Bolasepakmy A-League, Antarabangsa, Lain-lain, Malaysia

Gambar FourFourTwo.
Terlepas peluang membantu skuad negara layak ke Kejohanan B23 AFC di Bangkok baru-baru ini, pemain Pahang, Matthew Davies kini mahu membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA.

Menurut Goal, meskipun Davies hanya tiba di Malaysia pada 2015 dari negara asalnya Australia, beliau sedar kepentingan Sukan SEA kepada peminat bola sepak kebangsaan.

Bek kanan tersebut layak bermain untuk Malaysia menerusi keturunan ibunya. Ibunya lahir di Sabah. Beliau pernah mewakili pasukan B19 Australia dan bermain di A-League untuk Perth Glory.

Terpilih dalam skuad akhir 20 orang oleh Datuk Ong Kim Swee, Kuala Lumpur 2017 akan menjadi Sukan SEA kedua buat Davies.

“Kita mensasarkan pingat emas. Kita mendapat undian yang menyebelahi kita, kita ada skuad yang berbakat dan pilihan pemain yang baik.

“Kita mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi,” kata Davies.

Davies terkejut apabila diberitahu bahawa Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, antara penjaring gol untuk Malaysia kali terakhir mereka memenangi pingat emas bola sepak di gelanggang sendiri pada 1989.

“Oh ya? Beliau tak beritahu saya tentang ini, beliau cuma berkata selamat berjaya.

“Beliau seorang yang rendah diri. Beliau tidak menyebut apa-apa tentang memenangi [Sukan SEA], tetapi ia tidak mengejutkan saya,” kata Davies.

Malaysia akan memulakan perlawanan pertama Sukan SEA pada hari ini menentang Brunei di Kumpulan A.

Davies turut memaklumkan kesedihannya tentang penutupan Pusat Kecemerlangan Persekutan Bola Sepak Australia.

Pusat tersebut telah melahirkan bintang-bintang Australia seperti John Aloisi, Lucas Neill, Mark Viduka dan Craig Moore. Pemain Import Australia yang terkenal di Liga Malaysia dahulu, Alistair Edwards juga produk Pusat Kecemerlangan FFA.

Davies turut serta dalam program tersebut pada 2010, kemudian menjadi kapten pasukan dan dipilih Pemain Terbaik Tahunan 2011/2012 di Liga Belia Perdana ketika bermain untuk mereka.
SUMBER-http://www.bolasepak.my/2017/08/14/matthew-davies-terkejut-dollah-salleh-pernah-menang-pingat-emas-sukan-sea/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan