Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
GANDINGAN ketua jurulatih Dollah
Salleh dan penolongnya Ahmad Yusof menjadi taruhan Persatuan Bolasepak Negeri
Pahang (PBNP) untuk mencetuskan kejayaan bermakna skuad Tok Gajah dalam saingan
Liga Super musim ini.
Pengalaman luas dua bekas pemain
kebangsaan itu diharap mampu membentuk pasukan Pahang yang lebih baik
seterusnya berupaya memberi saingan pada pasukan lain dan akhirnya berupaya
menjulang kejuaraan berganda musim ini.
Ahmad pernah membimbing Tok Gajah
pada musim 2007 sebelum bersama beberapa pasukan negeri dan kelab seperti
Terengganu, Sime Darby, Pulau Pinang, Kedah dan Hanelang FC.
Rata-rata peminat skuad Pahang
yakin Tok Gajah mampu menyerlah musim ini dengan kehadiran barisan
kejurulatihan baharu yang berpengalaman di peringkat kebangsaan.
Mereka berpendapat gandingan
Dollah dan Ahmad mampu membentuk skuad mantap untuk menghasilkan kejayaan lebih
gemilang selepas gagal merangkul sebarang kejuaraan musim lalu.
Sebelum ini gandingan Dollah dan
Zainal Abidin Hassan pernah berganding membentuk skuad Pahang yang membariskan
pemain tempatan dan import terbaik.
Musim lalu Dollah dibantu bekas
pemain kebangsaan Ahmad Shaharudin Rosdi selama beberapa musim hingga berjaya
merangkul beberapa gelaran dan terakhir juara Piala FA 2018.
Dengan persediaan rapi tidak
mustahil Tok Gajah yang masih lagi mengekalkan beberapa pemain lama seperti
Mohamadou Sumareh, Matthew Davies, Muslim Ahmad, Herold Gaulon, Azam Azih dan
Faisal Rosli akan mencipta kejayaan yang diharapkan semua pihak.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 3 January 2020 @ 3:16 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan