MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 6
Januari 2020
BEBERAPA pengendali pasukan tidak
menganggap jadual perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 yang berlangsung pada
bulan Ramadan sebagai satu isu yang harus diperbesarkan dan meminta semua pihak
bersikap positif.
Sebaliknya, mereka berpuas hati
dengan susunan jadual perlawanan yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)
yang disifatkan cukup adil kepada setiap pasukan walaupun dijangka aksi lebih
padat berbanding beberapa musim sebelum ini.
Bagi pengendali Perak, Mehmet
Durakovic, beliau mengakui tidak berdepan masalah kerana memahami beberapa
kekangan seperti kepentingan skuad kebangsaan dan pelaksanaan Program kawalan
Ekonomi (ECP) yang menjadi faktor liga bermula pada 28 Februari ini.
“Memang saya tidak nafikan jadual
Liga-M 2020 pasti padat termasuk perlawanan di bulan Ramadan tetapi selaku
jurulatih profesional begitu juga dengan pemain-pemain saya, kita kena bersikap
terbuka serta bersedia mengharungi setiap perlawanan.
“Saya faham skuad negara akan
mengharungi saingan Piala AFF pada November nanti selain kelayakan Piala Dunia,
jadi saya tahu pihak MFL telah sedaya upaya cuba yang terbaik bagi semua
pasukan.
“Mungkin situasi ini akan
membuatkan setiap jurulatih termasuk saya kena sentiasa melakukan penggiliran
pemain jika perlu tetapi bagi saya, perkara itu bukan satu masalah besar,”
katanya.
Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman
Hussin pula gembira dengan jadual Liga-M 2020 yang dikeluarkan sedikit awal
berbanding tahun-tahun sebelumnya, sekali gus memudahkan perancangannya bersama
pasukan.
Mengenai pertambahan aksi pada
bulan Ramadan, Sulaiman menganggap jika pemain-pemain dapat mengikuti langkah
penjagaan kecergasan yang betul termasuk soal pemakanan, perkara itu tidak
menjadi satu masalah.
“Jika ingin maju, kita tidak
boleh terlalu bersikap hendak mengkritik sahaja dan segalanya serba tidak kena.
Jika hendak buat perbandingan, jadual liga di luar negara sebenarnya lagi padat
berbanding dengan kita.
“Mengenai perlawanan di bulan
Ramadan, UKM FC selalu dapat mengutip banyak mata pada waktu itu jika rekod dua
musim lalu dijadikan ukuran kerana pemain-pemain saya sentiasa disiplin
mengikuti penjadualan nutrisi ditetapkan,” ujarnya.
Ketua Jurulatih Pahang, Dollah
Salleh juga sependapat dengan Mehmet dan Sulaiman sekalipun menganggap jadual
Liga-M kali ini sedikit mencabar.
“Enam atau tujuh perlawanan yang
berlangsung pada bulan puasa nanti memang saya anggap satu cabaran, jadi para
pemain kenalah kerja keras menjaga kecergasan. Prestasi pemain selalunya tidak
menjadi isu, cuma saya kena berhati-hati dalam soal kecederaan pemain utama,”
katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan