Jumaat, 2 April 2021

Dollah risau bertandang ke Alor Setar

Asrol Awang - April 1, 2021 @ 11:32pm

bhsukan@bh.com.my



Pengurus Sri Pahang FC, Dollah Salleh. - Foto NSTP.

KUANTAN: Perasaan bimbang jelas tidak dapat disembunyikan oleh Dollah Salleh apabila Sri Pahang FC bertandang ke Alor Setar bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata ini kerana pasukan bimbingannya itu belum lagi berjaya mencapai tahap yang diinginkan biarpun ada perubahan yang agak ketara.

"Saya akui berasa bimbang sebaik saingan Liga Super bersambung terutama berdepan Kedah kerana pasukan itu dilihat mempamerkan prestasi meyakinkan pada lima perlawanan lalu.

"Namun, saya percaya semua pemain dapat memberi persembahan terbaik mereka untuk memastikan keputusan positif memihak kepada pasukan.

"Dengan segala pendekatan yang dilakukan sepanjang tempoh rehat diyakini membantu memantapkan pasukan terutama bahagian serangan yang tumpul sebelum liga berehat," katanya.

Di sebalik kebimbangan itu, pengurus pasukan itu meminta anak buahnya kekal fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan. Katanya, segala peluang yang dimiliki seharusnya dimanfaatkan untuk memastikan pasukan itu memberi tekanan kepada KDA FC.

SUMBER-BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan