Sabtu, 19 Januari 2019

Dollah kekal di Pahang?


ARKIB : 15/11/2010
KUANTAN - Hampir keseluruhan jentera skuad bola sepak Pahang musim lalu termasuk jurulatih, Dollah Salleh dijangka dikekalkan untuk mengharungi cabaran musim depan.

Tiada perubahan besar pada semua posisi kecuali di barisan depan yang memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyerang berpengalaman dan berkualiti tinggi bagi menutup ruang kepincangan musim ini.

Ketumpulan penyudah amat dirasai skuad Pahang sehingga terpaksa menagih khidmat penyerang skuad Johor, Mohd. Faizol Hussain bagi kempen Piala Malaysia sehingga berjaya ke suku akhir musim ini.

Dengan prestasi agak mengagumkan musim ini, Pahang yang pernah dianggap anak emas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). kerana dibenarkan beraksi di Liga Super dua tahun lalu, berjaya menepis kenyataan negatif itu pada musim ini.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu berjaya berada di kelompok lapan terbaik Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas tipis di tangan Johor FC.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5cyA0J2Iw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan