Khamis, 10 Ogos 2017

PJBSM minta Dollah buat rayuan



Sabtu, 29 Julai 2017 | 8:41pm
 
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh. - Foto Farizul Hafiz Awang
PJBSM minta Dollah buat rayuan
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my           

KUALA LUMPUR: Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) meminta Dollah Salleh mengemukakan rayuan berkenan hukuman yang dikenakan ke atasnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden PJBSM, B Sathianathan, berkata rayuan yang dibuat itu mungkin akan mengurangkan tempoh penggantungannya selama sembilan bulan tidak boleh terbabit dengan aktiviti bola sepak bawah kelolaan FAM.

Malah, beliau turut mengesahkan jurulatih Pahang itu belum menghubungi PJBSM untuk mendapat bantuan terhadap rayuan yang akan dibuat.

"(Dollah) belum berhubung dengan kami, tapi saya difahamkan dia sudah berjumpa dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden FAM).

"Jadi, saya fikir dia akan buat rayuan terus kepada FAM. Apapun kita minta dia buat rayuan.

"Mungkin FAM akan buat pertimbangan dan kurangkan penggantungan dia, jangan Dollah tidak membuat rayuan pula," kata kepada BH Sukan, hari ini.

BH Sukan sebelum ini turut melaporkan bertapa PJBSM bersedia untuk membantu Dollah mengemukakan rayuan kepada badan induk itu.

Dollah digantung selama 18 bulan dan denda RM30,000 selepas kenyataannya terhadap mutu pengadilan Liga M sebelum ini didakwa boleh menjatuhkan reputasi FAM.

Penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki sembilan bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh terlebih dahulu, tertakluk kepada kepada kelakuan baik beliau.

Dia didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakannya yang membuat kenyataan atau komen di media berhubung isu yang membabitkan FAM tanpa kebenaran.
Sumber-Berita Harian online Sabtu, 29 Julai 2017 | 8:41pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan