WARTAWAN SINAR HARIAN
23 JANUARI 2017
Dollah puas hati prestasi pemain Tok Gajah Pemain Pahang, Faisal Rosli diasak pemain Perak ketika perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh tetap berpuas hati prestasi dipamerkan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 ketika berkunjung ke Ipoh menentang Perak aksi pertama Liga Super, kelmarin.
Bagi Dollah, keputusan itu tetap dianggap istimewa dan mahu dijadikan pencetus semangat untuk mereka beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang,
"Pertama kali, Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik di sini. Walaupun mereka gagal pertahan gol awal tetapi yang penting mereka berusaha sehingga ke saat akhir permainan.
"Saya berterima kasih kepada pemain kerana berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.
Pada aksi di Stadium Perak itu, Pahang mendahului skuad bimbingan Karl-Heinz Weigang apabila Ahmad Shamim Yahya meledak gol pembukaan selepas menyempurnakan hantaran Mohamadou Sumareh.
Bagaimanapun, tuan rumah bangkit apabila Thiago menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-68 untuk membolehkan tuan rumah berkongsi mata
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23 JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan