Sabtu, 24 April 2021

Dollah dalam pemerhatian



PAHANG turun dengan misi mengelak kekalahan hatrik apabila menentang Penang FC malam ini.

Oleh ASZAHARI ALI

24 April 2021, 1:00 pm

KUANTAN: Zainal Abidin Hassan sudah diberi talian hayat oleh Melaka United untuk menyelamatkan kedudukan sebagai jurulatih, namun nasib rakan baiknya, Dollah Salleh bersama Sri Pahang mungkin terancam jika Tok Gajah gagal melakar kemenangan pertama dalam enam perlawanan.

Sri Pahang yang menghuni tangga kedua tercorot Liga Super akan bertandang ke Pulau Pinang, yang kini berkedudukan keempat terbaik di Stadium Bandaraya malm ini.

Satu lagi keputusan buruk meletakkan Dollah di bawah tekanan. Sekalipun pengurusan Tok Gajah tidak pernah ‘mengganggu’ tugas bekas jurulatih kebangsaan itu, namun penyokong mereka pasti tidak akan membiar­kan ia semudah itu.

Selepas gagal mencatat kemenangan dalam lima aksi terakhir, termasuk kalah dua saingan terdahulu, Dollah percaya dia sudah menemui punca pasukannya tidak beraksi baik dalam sembilan perlawanan setakat ini.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2017, Abdul Malik Mat Ariff dan Zuhair Aizat sudah kembali menemui sentuhan, sekali gus mampu mengatasi masalah serangan.DOLLAH SALLEEHAksi Abdul Malik yang pertama kali diturunkan ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ming­gu lalu memuaskan hati Dollah walaupun hanya hanya beraksi 30 minit terakhir.

Gandingan dua pemain muda tempatan itu dilihat lebih berupaya mencetak jaringan berban­ding penyerang import, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Hentique.

Bukan rahsia lagi beberapa import Pahang gagal beraksi se­perti diharapkan sehingga me­ngundang kecaman penyokong.

Masalah utama Pahang selama ini ketumpulan jentera serangan dan kehadiran Malik dilihat mampu mengubah ke­adaan.

Jika aksi serupa dapat dilakukan ketika bertemu Penang FC, saya yakin peluang Pahang untuk menang dan memungut tiga mata amat cerah,” kata Dollah.

Dollah turut gembira pemain tengah dari Perancis, Herold Goulon dapat beraksi semula setelah terlepas aksi menentang JDT akibat penggantungan.

Bagaimanapun Dollah tidak mahu terlalu yakin kerana sedar Harimau Kumbang kini antara pasukan pilihan musim ini.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan