Sabtu, 13 Mac 2021

Tiada alasan tak boleh menang



Ketua jurulatih Sri Pahang FC, penolong direhatkan

Oleh Asrol Awang - Mac 13, 2021 @ 4:34pm

sukanteam@nstp.com.my

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley (kiri) dan pengurus pasukan, Dollah Salleh ketika pelancaran jersi baharu skuad Tok Gajah di Kuantan, baru-baru ini. - Foto NSTP/ Asrol Awang.

KUANTAN: Kelibat Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel tidak akan dapat dilihat pada aksi Liga Super pasukan berkenaan berdepan Melaka United (FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Sumber memberitahu, kedua-duanya direhatkan berikutan prestasi hambar skuad Tok Gajah apabila tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Berikutan itu, tugas sebagai pengendali akan diambil alih sementara oleh pengurus pasukan, Dollah Salleh.

"Apa yang boleh saya katakan ialah Dooley dan Gamel tidak bersama Sri Pahang ke Melaka dan direhatkan buat seketika. Tugas Dooley akan diambil alih oleh Dollah pada perlawanan malam ini dan diharapkan ia tidak menjejaskan misi meraih tiga mata," katanya.

Dalam dua aksi terdahulu, Sri Pahang FC tewas 1-3 kepada Selangor FC di Petaling Jaya, sebelum disululi 0-2 kepada Perak FC di laman sendiri.

Keputusan merehatkan Dooley dan Gamel itu dianggap mengejutkan kerana saingan Liga Super baru saja memasuki dua perlawanan.

Selain Dooley dan Gamel, Sri Pahang turut melantik Ahmad Yusof sebagai penolong ketua jurulatih manakala Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Sharulnizam Sahat selaku penolong jurulatih.SUMBER-BH ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan