Isnin, 22 Mac 2021

SERANGAN TUMPUL PUNCA TEWAS.

(BIOGRAFI DOLLAH SALLEH 2021 SIRI 2)

OLEH-AHMAD YAAKOB


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi antara punca pasukannya tewas 0-1 di tangan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.
Dollah berkata, pemain import yang dimiliki skuad Tok Gajah juga tidak berjaya memberikan impak yang besar buat pasukan itu meraih keputusan lebih positif.
Justeru, katanya, tempoh 10 hari yang dimiliki ketika ini adalah masa yang terbaik bagi memperbaiki segala kelemahan terutama ketumpulan jentera serangan dalam merobek gawang lawan.
"Dari segi corak permainan khasnya pada babak kedua, kita bermain baik. Tapi setakat itu sahaja, sepatutnya apabila kita sudah bermain separuh padang macam itu, kita patut mencipta lebih banyak ruang untuk menjaringkan gol.
"Bahagian pertahanan tidak ada masalah, cuma gol (dijaringkan PJ City) itu sahaja, satu kesilapan kita terima padah. Tapi secara keseluruhan walaupun tanpa Mamadou (Wague), kita tak banyak tekanan dari PJ City.
"Sepatutnya kita minta lebih dari pemain import, tapi saya tak dapat apa impak (dari mereka), harap benda ini kita dapat ubah sedikit. Sebenarnya dari perlawanan pertama hingga perlawanan kelima ini, itu memang masalah besar yang kita hadapi.
"Tak ada apa tindakan, cuma kita perlu perbetulkan dalam latihan. Kali ini saya ada masa 10 hari dan inilah masa saya dapat melatih pasukan. Sebelum ini saya hanya tumpu pada perlawanan dan tempoh ini saya boleh tumpu untuk perbetulkan terutama bahagian serangan," katanya.[1]
SUMBER FOTO-BH ONLINE.
_____________________________________________
[1]Zulfaizan Mansor ,Jentera serangan tumpul punca Tok Gajah tewas, https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021 /03/799161/jentera-serangan-tumpul-punca-tok-gajah-tewas,(duakses pada 23 Mac 2021),

Tiada ulasan:

Catat Ulasan