SUKAN»Bola
Ahad, 1 March 2020 | 1:54pm
Pengendali Tok Gajah Dollah
Salleh. - NSTP/Mohd Rafi Mamat
Percaturan Dollah tak menjadi
KUANTAN: Segalanya serba tidak
menjadi selepas 25 minit perlawanan yang menyebabkan skuad Pahang tewas 2-1 di
tangan Selangor, malam tadi.
Pengendali Tok Gajah Dollah
Salleh berkata, selepas menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-20, prestasi
anak buahnya mulai menurun.
"Dengan prestasi tidak
konsisten itu dan kelekaan, lawan bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan
dua gol, masing-masing satu pada setiap babak,” kata Dollah.
"Kami cuba menggandakan
serangan dan mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi
dipersiakan. Sebaliknya, Selangor mengambil peluang itu di penghujung
perlawanan yang menyebabkan pasukan akur tewas di tempat sendiri."
Dollah yang juga bekas pemain
kebangsaan berkata, dia sudah mengingatkan anak buahnya supaya lebih fokus
terutama berdepan Selangor.
Namun katanya, percaturan yang
dirancang tidak menjadi hingga memberi banyak peluang Selangor melakukan
serangan balas.
"Lebih-lebih lagi aksi dua pemain iaitu Ifedayo Olusegun dan Brendan Gan. Tapi secara keseluruhannya saya tetap berpuas hati dan anggap nasib tidak menyebelahi Pahang malam ini," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan