Sabtu, 2 Februari 2019

Dollah puas sengat Nwakaeme


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
AKSI sulung Pahang pada kempen Liga Super menentang Kuala Lumpur malam tadi cukup melegakan pengendalinya Dollah Salleh.

Bagaimanapun Dollah berasakan mereka patut menang lebih besar selepas membenam The Hawks 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dollah bangga penyerangnya Dickson Nwakaeme yang tidak beraksi selama setahun mampu meledak dua gol manakala satu gol lagi sumbangan pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani.

“Secara keseluruhan saya puas hati dengan corak permainan yang diperagakan pemain dan malam ini aksi yang terbaik ditunjukkan mereka.

“Nampaknya setiap pemain sudah serasi dan sepatutnya boleh mencipta lebih banyak lagi gol cuma nasib tidak menyebelahi kami,” katanya.

Dollah turut memuji Saddil yang kelihatan tidak kekok sekalipun beraksi kali pertama dalam Liga Malaysia.

“Sudah tentu kehadiran Saddil mampu mencorak serangan bertali arus ke kubu lawan dan saya melihatnya boleh pergi lebih jauh dengan keupayaan dan komitmen yang ditunjukkan terhadap pasukan,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 8:42 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan