Sabtu, 3 Februari 2018 | 11:33am
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh
mahu anak buah guna sebaik mungkin beraksi di laman sendiri. - Foto Farizul
Hafiz Awang
Tok Gajah idam tiga mata
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUANTAN: Skuad Pahang yang
menampilkan barisan pemain baharu, termasuk import mengidam tiga mata apabila
melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur dalam aksi sulung Liga Super,
malam esok.
Biarpun bakal diberi tentangan
sengit The Bos Gaurus, skuad Tok Gajah sedia untuk mengecewakan lawannya itu
bersandarkan komitmen tinggi pemain.
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh
berkata, kelebihan beraksi di halaman sendiri dalam perlawanan pertama skuad
itu musim ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Katanya, kemenangan adalah
matlamat utama skuad kendaliannya selain sebagai motivasi untuk mengharungi
cabaran besar dalam saingan liga elit itu musim ini.
"Sudah pasti kami mahukan
tiga mata dan pemain yang diberi tanggungjawab diharap dapat menjalankan tugas
masing-masing dengan sebaiknya," katanya.
Pahang dijangka akan
menyenaraikan kelima-lima pemain importnya, termasuk empat yang baharu
menyertai skuad itu musim ini berdepan Perak.
Mereka adalah Alex Moraes, Sergio
Unrein, Chan Vathanaka, Mohamadou Sumareh dan pemain dari Singapura, Safuwan
Baharudin.
Pada masa sama, pengalaman selaku
penyerang terbaik tempatan bakal menyaksikan kelibat Norshahrul Idlan Talaha
atau Mat Yo bergandingan dengan Unrein di bahagian serangan.
Sementara itu, pemain tengah, Nor
Azam Azih tidak mahu Pahang mempersia-siakan kelebihan beraksi di halaman
sendiri.
Justeru, dia bersama rakan
sepasukan sudah bersedia untuk merobek kubu The Bos Gaurus untuk memastikan
kemenangan menjadi milik skuad Tok Gajah.
"Keutamaan kami adalah kekal
fokus sepanjang 90 minit perlawanan kerana pertemuan dengan Perak menjadi
sumber inspirasi bagi mengharungi saingan liga musim ini," kata Nor Azam.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu,
3 Februari 2018 | 11:33am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan