WARTAWAN SINAR HARIAN
24 DISEMBER 2016
Dollah mahu lonjak kembali imej
Pahang Dollah Salleh
PENGENDALI baharu Pahang,
Dollah Salleh bertekad untuk menaikkan imej skuad Tok Gajah sebagai salah satu
pasukan yang digeruni musim depan.
Dollah yang kembali ke pangkuan
Pahang selepas kali terakhir membimbing pasukan itu pada 2013, mahu membuka
lembaran baharu bersama pemain dan membina kembali kekuatan skuad Tok Gajah.
Musim 2016 menyaksikan tahun
malap Pahang apabila bergelut untuk kekal dalam Liga Super.
Pahang sekadar menduduki tangga
ke-10 Liga Super dan bernasib baik untuk tidak tersingkir ke Liga Perdana
berikutan ‘ehsan' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghadiahkan tiga
mata percuma pada minggu terakhir liga.
“Kita akan bermula dari kosong
semula. Walaupun satu tugas berat buat saya, namun ini satu cabaran buat saya.
"Saya akan cuba sebaik
mungkin mengubah nasib Pahang dengan kembali menjadikan salah satu pasukan yang
digeruni," katanya.
Bagaimanapun menurut Dollah,
walaupun beliau bersedia menyahut cabaran membentuk semula sebuah skuad Pahang,
dalam masa sama berpendapat, pengurusan tidak boleh mengharapkan keputusan
segera.
"Kita sedia maklum Pahang
bukan lagi pasukan digeruni, dan untuk kembali membentuk pasukan ini bukan
mudah. Apa pun, saya akan cuba yang terbaik demi peminat dan pihak
pengurusan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas
mengenai undian Piala FA yang menyaksikan mereka akan bertemu Johor Darul
Ta'zim II (JDT II) di pusingan kedua, Dollah berkata, undian yang diterima itu
adalah sesuatu yang baik untuk kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, katanya, masih
terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan atau mengumumkan sasaran bagi
pertemuan itu.
"Fokus saya sekarang
adalah mempersiapkan barisan pemain dan membina semula kekuatan pasukan,"
katanya.
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 24 DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan