Isnin, 28 September 2020

Dollah puji kebangkitan Tok Gajah

Oleh Asrol Awang - September 27, 2020 @ 3:32pm

bhsukan@bh.com.my



Nik Muhammad Sharif melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah, malam tadi.

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji kebangkitan anak buahnya selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Tiga mata yang diraih itu juga meletakkan kedudukan skuad Tok Gajah lebih selesa terutama mengelak berada dI zon penyingkiran dalam saingan Liga Super musim ini.

"Tahniah kepada semua pemain kerana memberikan yang terbaik untuk kembali mencatat kemenangan selepas seri 2-2 berdepan Felda United FC minggu lalu.

"Kami sebenarnya menguasai permainan pada separuh masa pertama tetapi satu kesilapan dan serangan balas yang dilakukan lawan, mereka dapat menjaringkan gol pendahuluan.

"Tetapi saya bangga dengan pemain kerana tidak berputus asa dan meneruskan permainan dengan baik yang menyaksikan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama," katanya.

Pada aksi malam tadi, Pahang ketinggalan menerusi gol Tchetche Kipre pada minit ke-15 sebelum bangkit dengan dua gol masing-masing dijaringkan Adam Reed (m40) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (m46).

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak akur skuad itu gagal menyekat Pahang daripada melakar kemenangan sekali gus melebur rekod lima kemenangan berturut-turut Lang Merah.

Namun, katanya, kekalahan itu tidak mengejutkan kerana sudah menjangkakan tentangan sengit tuan rumah.

"Bagaimanapun, saya tetap memuji persembahan yang dipersembahkan pemain walaupun gagal melakar kemenangan atau sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

"Tumpuan kini mengutip mata apabila bertemu Melaka dan Perak," kata jurulatih dari Singapura itu.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Selasa, 22 September 2020

Dollah fokus layak ke Piala Malaysia

Oleh Asrol Awang - September 22, 2020 @ 10:30pm

sukanteam@nstp.com.my



Dollah Salleh (tengah) bersama pemain Pahang. - Foto NSTP/ Owee Ah Chun

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tekad memastikan pasukan bimbingannya layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia, susulan skuad Tok Gajah hanya mampu berada di tangga ketujuh saingan Liga Super ketika ini.


Dengan saingan liga yang berbaki tiga perlawanan, bekas pemain kebangsaan itu mengharapkan skuad kendaliannya itu mampu beraksi lebih baik dan sekali gus mengutip mata maksimum.


"Fokus utama kami berdepan baki tiga perlawanan adalah untuk memastikan skuad Tok Gajah beraksi pada saingan Piala Malaysia. Berada di kedudukan ketujuh liga memang belum selamat kerana perbezaan mata yang tidak jauh dengan pasukan lain ketika ini.


"Oleh itu, pemain perlu lebih bersedia dan bermain dengan komitmen tinggi untuk memastikan pasukan berada di kedudukan lebih baik," katanya.


Selepas lapan perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 10 mata dan berkongsi jumlah mata sama dengan Terengganu FC dan Selangor.


Namun, FELDA United FC dan PJ City FC yang mengutip tujuh mata mampu memberi tekanan dengan baki tiga perlawanan itu jika Pahang gagal mencatat keputusan positif. Pahang bakal berdepan Kedah pada Sabtu ini, diikuti Perak (3 Oktober) dan Terengganu (10 Oktober).SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Dollah bersyukur, Nidzam kecewa

 



Oleh Asrol Awang - September 21, 2020 @ 8:27pm

sukanteam@nstp.com.my

Aksi pasukan FELDA United ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. - Foto ihsan Facebook FELDA United FC.

Aksi pasukan FELDA United ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. - Foto ihsan Facebook FELDA United FC.

MARAN: Biarpun gagal mencatat kemenangan, Dollah Salleh tetap bersyukur kerana skuadnya berjaya mencuri satu mata daripada Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi, selepas berjaya mengikat FELDA United, 2-2.

"Pada keseluruhannya kita bermain baik sepanjang tempoh 35 minit perlawanan apabila mendahului 1-0 sebelum FELDA United bangkit dengan menjaringkan dua gol. Tapi saya puji semangat pemain yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan.

"Biarpun kemenangan yang dicari, saya berterima kasih kepada barisan pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan dari segi permainan selepas kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan," katanya.

Pada perlawanan itu, dua pemain utama skuad Tok Gajah, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon tidak beraksi kerana berdepan masalah kecederaan.

Sementara itu, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil mengakui kecewa kerana skuadnya gagal dalam misi mengutip tiga mata di laman sendiri. Namun, beliau tetap memuji komitmen dan semangat anak buahnya walaupun ketinggalan 0-1.

"Bagi saya satu mata yang dikutip lebih baik daripada Pahang membawa pulang tiga mata. Oleh itu kami perlu bekerja keras dan berusaha mengutip mata maksiumum berdepan tiga baki perlawanan.

Pada perlawanan semalam, dua gol FELDA United, masing-masing dijaringkan oleh Nikola Raspopovic dan Akhmar Haiqal Azhar manakala Pahang melalui Muslim Ahmad dan Ivan Carlos.SUMBER-BH ONLINE

Isnin, 21 September 2020

Dollah syukur, Nidzam kecewa

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Maran: Biarpun gagal mencatat kemenangan, Dollah Salleh bersyukur kerana skuadnya berjaya mencuri satu mata selepas seri 2-2 ketika berdepan Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, semalam.

Pengendali Tok Gajah itu berkata, ini kerana skuadnya bangkit pada babak kedua perlawanan selepas ketinggalan 1-2 untuk memastikan pasukan itu tidak pulang hampa.

"Pada keseluruhannya kita bermain baik sepanjang tempoh 35 minit perlawanan apabila mendahului 1-0 sebelum Felda United bangkit dengan menjaringkan dua gol.

"Tapi saya puji dengan semangat semua pemain yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan dan hasilnya kita berjaya mendapatkan gol penyamaan 2-2.

"Biarpun kemenangan yang dicari, saya berterima kasih kepada barisan pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan dari segi permainan selepas kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan," katanya.

Pada perlawanan itu, dua pemain utama skuad Tok Gajah, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon tidak beraksi kerana berdepan masalah kecederaan.

Sementara itu, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil mengakui kecewa kerana skuadnya gagal dalam misi mengutip tiga mata di laman sendiri.

Namun, beliau tetap memuji komitmen dan semangat anak buahnya walaupun ketinggalan 0-1, mereka bangkit dengan kedudukan 2-1 sebelum akur berkongsi satu mata selepas berakhir dengan keputusan seri 2-2.

"Bagi saya satu mata yang dikutip lebih baik daripada Pahang membawa pulang tiga mata.

"Oleh itu kami perlu bekerja keras dan berusaha untuk mengutip mata maksiumum dengan tiga baki perlawanan.

"Diharapkan semua pemain mengekalkan prestasi mereka terutama pemain muda yang mempamerkan peningkatan," katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol Felda United, masing-masing satu dijaringkan oleh Nikola Raspopovic dan Akhmar Haiqal Azhar pada minit ke-37 dan 45.

Dua gol Pahang pula, masing-masing satu dijaringkan Muslim Ahmad dan Ivan Carlos minit ke-14 dan 78.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 1:58 PM

Sabtu, 19 September 2020

Dollah harap Tok Gajah kekal rentak

 SUKAN»Bola

Sabtu, 19 September 2020 | 12:44pm



Pengendali Pahang, Dollah Salleh memberi arahan kepada pemain skuad Tok Gajah. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

Pengendali Pahang, Dollah Salleh memberi arahan kepada pemain skuad Tok Gajah. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

Dollah harap Tok Gajah kekal rentak

Oleh Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.m


KUANTAN: Skuad Pahang yang masih berdepan krisis kecederaan membabitkan pemain utama turun dengan misi meraih tiga mata apabila berdepan Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, kemenangan 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu diyakini menyuntik semangat buat anak anak buahnya untuk mengekalkan momentum itu.

"Saya percaya pemain dapat meneruskan prestasi itu atau bermain dengan lebih bagus untuk menafikan Felda United daripada mengutip mata.

"Beraksi di padang tiruan STAR, skuad Pahang menjalani latihan di padang sintetik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam sebagai persediaan.

"Dengan komitmen dan fokus yang tinggi, saya yakin pemain yang diberi tanggungjawab akan membantu pasukan mengutip tiga mata di tempat lawan.

"Peningkatan prestasi yang dipamerkan pemain muda juga turut membantu memperkemaskan jentera pasukan," kata Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan.

Pada perlawanan malam esok, Mohd Faisal Abdul Halim dijangka terus menjadi sandaran utama skuad Tok Gajah untuk merobek gawang The Fighters.

Berbekal dua gol dijaringkan Mohd Faisal setakat ini, Dollah yang tidak dapat menurunkan Dickson Nwakaeme mengharapkan penyudah berbisa daripada penyerang itu.

Pada masa sama, peluang penyerang import dari Brazil, Ivan Carlos yang mengalami kecederaan pangkal paha untuk beraksi juga 50-50.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Isnin, 14 September 2020

Dollah resah Tok Gajah tempang

MyMetroArenaAsrol


sukanteam@nstp.com.my

KEMENANGAN 2-1 Pahang ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila tiga pemain import skuad Tok Gajah berdepan masalah kecederaan.

Mereka adalah kapten pasukan, Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan Ivan Carlos yang mencetuskan keresahan kepada pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh.

"Setakat ini, saya tidak dapat jangka sama ada tiga pemain ini dapat beraksi minggu ini kerana bergantung kepada tahap kecederaan.

"Goulon dan Carlos alami kecederaan pangkal paha dan kebiasaannya memerlukan tempoh antara semingggu atau dua minggu untuk pulih.

"Sudah pasti ia memberi kesan terhadap pasukan ketika Pahang baru sahaja melakar kemenangan selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.

"Begitu juga nasib Nwakaeme yang tidak bermain kelmarin kerana mengalami kecederaan yang memerlukan tempoh untuk benar-benar pulih," katanya.

Sehubungan itu, beliau perlu melakukan percaturan pada empat baki perlawanan untuk berada di kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.

"Diharapkan kecederaan dialami tidak serius tetapi saya perlu bersedia dengan segala kemungkinan jika mereka tidak boleh bermain pada perlawanan akan datang.

"Dengan komitmen dan kesungguhan dipersembahkan pemain muda, saya harap mereka dapat mengekalkan prestasi untuk bermain dengan lebih baik," katanya.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 2:36 PM

Ahad, 13 September 2020

Lega dan membanggakan

Oleh Norzie Mohamed Khasbi

13 September 2020, 10:43 pm

KUANTAN: Lega dan membanggakan. Itu ungkapan pengendali Pahang, Dollah Salleh selepas anak buahnya berjaya menewaskan PDRM dalam saingan Liga Malaysia di Stadium Darul Makmur semalam.

Bekas pemain kebangsaan itu sudah pasti lega kerana matlamat memungut tiga mata berharga dapat dicapai selepas dua kali kecewa pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan UiTM.

Dollah turut berbangga kerana moral anak buahnya seakan pulih dengan kemenangan itu dan lebih bererti beliau kini sudah boleh meletakkan sandaran kepada pemain muda yang dilihat semakin berkeyakinan di atas padang.

Saya puas hati dengan persembahan ditunjukkan kesebelasan pemain Pahang yang merupakan satu suntikan semangat untuk kami bangkit semula,” katanya kepada pemberita sejurus perlawanan berakhir malam semalam.

Pahang berjaya menewaskan PDRM hasil jaringan Ivan Carlos melalui sepakan percuma sebelum penyerang muda, Mohamad Faizal Abdul Halim menambah jaringan tuan rumah sementara gol saguhati PDRM melalui Adam Micheal.

Mengulas kecederaan ‘orang besi’, Dickson Nwajamae, Dollah yakin tempoh rehat selama seminggu dapat membantu pemain itu pulih dari kecederaan dan kembali beraksi selepas ini.

Dalam pada itu, jurulatih PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad yakin pasukan bimbingannya masih berpeluang untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Baginya tiada yang mustahil walaupun sebelah kaki seakan sudah berada di Liga Perdana selepas mencatat kekalahan kali kelima selain hanya dua keputusan seri sebelum ini sekali gus kekal di tangga tercorot Liga Malaysia.

Biarpun PDRM bakal berdepan pasukan seperti Selangor, Perak, PJ City dan Terengganu selepas ini, namun ia tidak menggusarkan Mohamad Ishak.“Aksi menentang Pahang, anak buah saya dilihat tidak beraksi seperti kami menentang Felda dan JDT, mental mereka jatuh dan saya tidak gembira dengan persembahan mereka,” katanya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Dollah tukar taktikal lawan UiTM

MyMetroArena

NWAKAEME cedera ketika berlatih.

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

KECEDERAAN Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos meresahkan pengendali Pahang, Dollah Salleh apabila berdepan UiTM FC di Stadium UiTM, malam esok.

Dua pemain import itu ditimpa kecederaan ketika berlatih kelmarin, membuatkan Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan perlu menukar taktikal.

"Jika dilihat kepada kecederaan dialami Nwakaeme dan Carlos, mereka mungkin tidak disenaraikan ketika saya begitu mengharapkan mereka dapat beraksi.

"Dalam hal ini, saya perlu memikirkan percaturan lain terutama menajamkan lagi jentera serangan dan mengukuhkan bahagian pertahanan.

"Tanpa mereka persiapan pasukan sedikit terjejas dan UiTM bukan pasukan yang mudah ditewaskan berdasarkan keputusan dilakar pada perlawanan sebelum ini," katanya.

Pada perlawanan malam esok, beliau berkata, sandaran utama bakal diletakkan kepada Mohd Faisal Abdul Halim untuk mengetuai jentera serangan skuad Tok Gajah.

Katanya, satu gol ketika Pahang tewas 2-3 kepada Johor Darul ta'zim (JDT) diharap memberi inspirasi buat Faisal untuk muncul selaku penjaring.

"Namun, semua pemain perlu berwaspada dengan barisan pemain UiTM terutama rekod mereka selepas lima perlawanan.

"Oleh itu apa yang perlu dilakukan pemain ialah untuk memastikan Pahang mengutip tiga mata untuk kembali memperbaiki kedudukan lebih baik," katanya.

Pahang kini berada di kedudukan ketujuh dengan enam mata manakala tujuh mata yang diraih meletakkan UiTM di tempat kelima saingan Liga Super.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 9:09 PM

Dollah lega Tok Gajah menang

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui kemenangan 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi suntikan semangat buat skuad bimbingannya.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tiga mata yang diraih selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini amat melegakannya.

"Sangat lega kerana semua pemain ceria sebaik kemenangan memihak kepada pasukan dan tidak seperti yang ditunjukkan pada dua perlawanan sebelum ini.

"Walaupun nampak sukar untuk memenangi perlawanan, saya percaya kemenangan ini membantu meningkatkan keyakinan dan semangat untuk melakar kemenangan pada perlawanan akan datang.

"Apa yang pasti misi tiga mata dan kebangkitan yang diinginkan berjaya diterjemahkan dengan menewaskan PDRM," katanya.

Dollah turut memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan pemain muda terutama pada babak kedua perlawanan dalam usaha memastikan The Cops tidak membawa pulang mata.

Katanya, sebaik Herold Goulon dan Ivan Carlos dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan, mereka berjaya mempertahankan kedudukan itu.

"Walaupun gagal menyekat PDRM daripada menjaringkan gol, tiga mata yang diraih amat bermakna untuk kembali mengutip mata," katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Ivan Carlos dan Mohd Faisal Abdul Halim pada minit ke-36 dan 73 manakala gol PDRM pula hasil jaringan sendiri pemain tengah tuan rumah, Adam Reed minit ke-84.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 1:39 PM

Rabu, 9 September 2020

PIALA MALAYSIA Tahun 1986


Mei 03, 1986 (Sabtu) -Akhir

Selangor
Razali Alias (36',), Azhar Shariff (44', 77'), Khan Hung Meng (46'), Zainal Abdin Hassan (57'), Ristomoyo Kassim (74')
R. Arumugam, Wong Hung Nung, Zulkifli Ahmad, P. Dharmalingam, K. Gunasegaran, Ristomoto Kassim, Razali Alias (Mutalib Adam), Khan Hung Meng (A. Jayakanthan), Mpkhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azhar Shariff

6-1

Johor
Dollah Salleh (4')
Salleh Mohamed Nor (Ramli Dol), FFadhli Ahmad, Kamaruddin Ahmad, Ismail Ibrahim, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Nasir Mohamad Nor, Muhidin Husin, Salehan Mohamed Som, Dollah Salleh

Std Merdeka, Kuala L



Ahad, 6 September 2020

LIGA M 1993PEMAIN TERBAIK TEMPATAN


  1. AZIZOL ABU HANIFAH –PERAK 7132.

  2. CHONG KIM BOON – PERAK – 6830

  3. SHAMSURIN RAHMAN – SARAWAK – 6710

  4. RADHI MD. DIN- KEDAH – 6704

  5. LEE THEAN EWE- 6625 -KEDAH

  6. KHAIRUL AZMAN MOHAMMAD – PAHANG – 6625.

  7. DOLLAH SALLEH – PAHANG 6625.

  8. NASIR YUSOF – 6590. JOHOR.

  9. AZIZ AZIZAN – 6570 PULAU PINANG

  10. MD NIZAM ADHA YUSOF – 6555