MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PENGENDALI
Pahang, Dollah Salleh memuji semangat juang skuadnya bangkit daripada
ketinggalan dan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, malam tadi.
Bekas pemain
kebangsaan itu berkata, kemenangan itu cukup bermakna dan menjadi penyuntik
semangat untuk menghadapi perlawanan berikutnya.
"Bagi
saya, pemain dan pasukan ini menunjukkan prestasi serta semangat yang menarik
selepas dikejutkan gol pendahuluan lawan.
"Kita
kuasai 70 peratus perlawanan dan hanya melakukan satu kesilapan yang membuka
ruang kepada mereka (Pulau Pinang) memperoleh gol.
"Ini
perlawanan pertama (saingan Piala Malaysia), saya puas hati dengan persembahan
pemain dan saya mahu (corak permainan) kekal konsisten," katanya.
Pada
perlawanan malam tadi, tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh
Dickson Nwakaeme pada minit ke-58, Mohamadou Sumareh (m-66) dan Muslim Ahmad
(m-83) manakala gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan Julian Bottaro (m-50).
Dollah juga
optimis skuad Tok Gajah mampu melakar kejayaan dalam saingan Piala Malaysia,
selepas kecewa dengan saingan Piala FA dan Liga Super.
Sementara itu,
Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid pula berkata, kekalahan itu
memadam misi Harimau Kumbang mencuri satu mata di tempat lawan namun dia
mengakui tugas mereka sukar kerana lawan adalah pasukan bagus serta mempunyai
kekuatan di bahagian serangan.
"Ini
adalah perlawanan pertama dan bukanlah bermakna kami sudah berada dalam
tekanan... bagi saya, ia adalah permulaan kepada pemain mendapatkan pengalaman.
"Mereka
menampilkan aksi yang mantap sepanjang 60 minit perlawanan sebelum mula
melakukan kesilapan dan kami terima kekalahan ini sebagai cabaran untuk
berdepan perlawanan seterusnya," katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 11:26 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan