Sabtu, 28 Julai 2018 | 1:21pm
DOLLAH Salleh.
Pahang turunkan pemain muda
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh bakal mempertaruhkan barisan kedua apabila bertemu Kelantan di
Stadium Sultan Muhammad IV, Ahad ini.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, percaturan itu lebih kepada memastikan pemain utama yang cedera dan
masih dalam proses pemulihan benar-benar cergas sebaik kempen Piala Malaysia
bermula.
"Apa yang boleh saya katakan
bahawa pasukan ini tidak akan menyenaraikan kesebelasan utama berdepan Kelantan
bagi mengelakkan kecederaan.
"Saya percaya pemain yang
bakal menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan itu dapat mempamer prestasi
terbaik dan membuktikan mereka juga bagus.
"Oleh itu, saya mengharapkan
keputusan positif dan ia juga persediaan menghadapi kempen Piala Malaysia yang
dijadualkan bulan depan," katanya.
Difahamkan, pemain yang dijangka
tidak disenaraikan adalah kapten pasukan Matthew Davies, Helmi Eliza Elias, Nor
Azam Azih dan Afif Amiruddin.
Antara pemain yang bakal
menggantikan posisi berkenaan adalah penjaga gol kedua, Remezey Che Ros serta
pemain junior iaitu Shahrul Nizam Nadzir dan Muhammad Zuhair Aizat.
Ditanya peluang mengutip tiga
mata bertemu The Red Warriors (TRW) malam esok, Dollah berkata, kemenangan
tetap menjadi keutamaan biarpun tanpa kesebelasan utama.
"Kemenangan akan membantu
pemain untuk berdepan cabaran besar pada kempen Piala Malaysia musim ini,"
kata bekas jurulatih kebangsaan itu.
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 28 Julai 2018 | 1:21pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan