WARTAWAN SINAR HARIAN
26 DISEMBER 2016
Dollah Salleh Dollah Salleh
SKUAD Tok Gajah musim depan
dilihat bakal mengganas dengan beberapa pemain berstatus bintang dipancing
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).
Tindakan PBNP berbelanja besar
musim depan menjadi tanda kesungguhan badan induk negeri itu untuk
mengembalikan semula kegemilangan pasukan yang kali terakhir menjuarai Liga
Malaysia (Liga-M) pada 2014 itu.
Antara pemain yang bakal
memperkuatkan Pahang ialah Wan Azrei WanTeh, Afif Amirudin, Muslim Ahmad, Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria, Joseph Kalang Tie dan Ashari Samsudin.
Bagaimanapun, pengendalinya,
Dollah Salleh menegaskan pemain ternama bukan jaminan pasukannya mampu menyinar
musim depan.
Malah, Dollah turut menyifatkan
banyak lagi tugas perlu dilakukannya dalam membentuk pasukan mantap.
“Memang ini satu tugas berat
untuk saya apatah lagi harapan penyokong yang mahu melihat semula kegemilangan
Pahang.
“Apa yang penting adalah misi
saya untuk membuat perubahan dalam skuad Pahang kali ini,” katanya.
Untuk rekod, Dollah pernah
membimbing Pahang pada 2010 sehingga 2013.
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 26 DISEMBER 2016